Thursday 28 September 2017

Aktivi Ringkas Untuk Perkembangan Kanak-Kanak di Rumah

Tadi aku dah cerita tentang Pendidikan Awal Kanak-Kanak mengikut Pendekatan Imam Al-Ghazali. Kali ni aku nak share aktiviti kehidupan seharian mengikut teori Montessori. Sekarang kalau sebut Montessori semua orang tau tu tadika..hahaha..tapi tak ramai tau tu sebenarnya nama seorang pendidik & ilmuan yang mengembangkan method pembelajaran berasaskan kebebasan bermain pada kanak-kanak iaitu Dr. Maria Montessori. Pada mulanya dia menggunakan teori ni untuk mendidik kanak-kanak kurang upaya dari segi pemikiran dan kemudiannya beliau dapati method & teori ini boleh digunapakai pada semua kanak-kanak. Dr Maria ni percaya dengan memberi kebebasan kepada kanak-kanak ini bagus untuk perkembangan mereka.

Sebenarnya ada beberapa aktiviti mudah untuk ibu bapa praktikkan di rumah. Aktiviti-aktiviti yang senang yang kadang-kadang nampak remeh tapi sebenarnya sangat penting untuk perkembangan anak-anak seperti :-

  • Membutang baju - ajar dan galakkan anak-anak untuk mengenakan butang baju sendiri sebab ini akan merangsang fine & gross motor skill

  • Mengikat tali kasut

  • Menggilap kasut

  • Menyikat rambut

  • Menyiram pokok

  • Membersihkan tingkap, menyapu lantai dan mengelap meja.

Aktiviti-aktiviti ni sebenarnya bukan saja boleh membantu perkembangan fizikal kanak-kanak, malah melatih kanak-kanak agar berdisiplin, berdikari, dan menghargai diri dengan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap aktiviti yang dilakukan. Cuba lah ajar anak-anak. Aktiviti-aktiviti ni sebenarnya sangat bagus. Perkembangan maksimum otak yang berkaitan dengan deria dan bahasa sebenarnya berlaku sewaktu kanak-kanak  menjangkaui tahun pertama usianya, dan perkembangan kognitif berlaku dengan pesat pada usia 2-3 tahun. Waktu ni diaorang memang cenderung untuk meniru semua perlakuan orang dewasa tau..(opkos tu merujuk pada ibu bapa). Sebab tu masa ni la ibu bapa kena tunjukkan teladan yang baik untuk anak-anak.









Wednesday 27 September 2017

Pendidikan Awal Kanak-Kanak mengikut Pendekatan Imam Al-Ghazali

Tetibe hari ni rasa cam nak masuk tajuk parenting ni. Haha..tak pe la atleast berguna juga PAKK  yang aku amik kat UM dulu. Amik je course tu tapi tak praktis pun..haha..Aku tak ingat lecturer aku yang ajar bab aku nak bincangkan ni tapi kalo tak silap Prof Mahzan kot..haha..(nanti check balik)

Banyak tokoh dan teori untuk pendidikan awal kanak-kanak ni tapi aku mulakan dahulu dengan pendekatan Imam Al-Ghazali sebab aku lebih suka kalau kita mendidik anak-anak mengikut pendekatan Islam. Jadi sebelum aku share tentang pendekatan beliau, aku nak share dulu siapakah tokoh pendidikan awal kanak-kanak dari timur tengah  ini.

Siapakah Imam Al-Ghazali?

Dilahirkan sebagai Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Al-Ghazali pada 450H/1058M di Ghazali, sebuah pekan kecil di Thus (wilayah Khurasan) Iran (kini dikenali sebagai Meshed). Beliau merupakan anak murid Imam Al-Haramyn, Abu Al-Ma'ali Al-Juwaini & merupakan pakar dalam bidang Fiqah Al-Syafii' dan Kalam Al-Asy'ari. Salah satu buku beliau yang terkenal ialah Ihya' Ulumuddin yang ditulis selepas menyedari bahawa orang Islam mula melupakan agama. Beliau sangat menekankan pendidikan awal kanak-kanak.

Menurut beliau Ibu bapa perlu memerhatikan pendidikan anak-anak mereka sejak kecil. Mereka tidak seharusnya meminta orang lain menjaga dan menyusukan anak-anak kecuali oleh perempuan yang taat beragama, yang berilmu dan hanya memakan makanan halal (Syaikh Muhammad Jamaluddin:443)

Pandangan Kitab Ihya' Ulumuddin mengenai pendidikan kanak-kanak

  • Anak ialah tanggungjawab ibu bapa. Jiwa mereka adalah suci seperti mutiara, sangat bernilai, murni dan bebas daripada sebarang kerosakan dan bentuk. Mereka akan menerima dan mengikut apa sahaja yang diberikan kepada mereka.
  • Jika kanak-kanak dibesarkan dalam tingkah laku yang baik, mereka akan membesar dalam persekitaran yang baik dan menjadi manusia yang baik. Ibu bapa,guru, penjaga dan orang lain yang terlibat akan mendapat ganjaran daripada Allah.
  • Jika kanak-kanak didedahkan kepada tingkahlaku buruk dan pendidikan mereka diketepikan, mereka akan membesar menjadi orang yang tidak baik dan dosa-dosa mereka akan ditanggung oleh ibu bapa dan orang yang bertanggungjawab menjaga mereka.

Imam Al-Ghazali menekankan adab-adab makan kerana itu akan membentuk anak-anak
  • Ambil makanan dengan tangan kanan sahaja
  • Baca Bismillah sebelum makan
  • Ambil makan yang paling dekat dengan kita
  • Jangan berebut mengambil makanan sebelum orang lain.
  • Jaga mata agar tidak melilau melihat makanan atau wajah orang lain yang sedang makan.
  • Jangan gopoh ketika makan.
  • Kunyah makanan dengan perlahan dan hati-hati sebelum menelan.
  • Jangan memasukkan makanan ke dalam mulut dengan gopoh.
  • Jangan kotorkan tangan dan pakaian dengan makanan.
  • Biasakan diri makan tanpa lauk pada waktu-waktu tertentu agar kita tidak terlalu mengharap mendapat lauk setiap kali kita makan.
  • Ibu bapa mestilah sentiasa mengingatkan anak-anak bahawa makan terlalu banyak merupakan kelakuan buruk malah Imam Al-Ghazali mengatakan orang yang makan terlalu banyak adalah seperti haiwan.
  • Al-Ghazali menasihatkan ibu bapa agar menghantar anak-anak mereka ke sekolah bagi mempelajari cara bacaan Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW, mendengar kisah-kisah hidup para sahabat agar kanak-kanak boleh contohinya.
  • Kanak-kanak perlu dihalang daripada mendengar cerita-cerita lucah kerana ia boleh merosakkan akhlak mereka
  • Imam Al-Ghazali menekan pemberian ganjaran kepada kanak-kanak. Menurut beliau kanak-kanak yang berkelakuan baik wajar diberikan ganjaran dan pujian bagi menggembirakan hati mereka, jika mereka membuat kesilapan tanpa sengaja ibu bapa perlu berpura-pura tidak perasan kesilapan/kesalahan tersebut dan tidak memalukan mereka dengan menceritakan kesilapan/kesalahn tersebut kepada orang lain. Tapi jika kanak-kanak mengulangi kesilapan/kesalahan tersebut buat kali kedua, ibu bapa perlu bercakap dengan mereka secara bijak bahawa kelakuan tersebut tidak boleh diterima
  • Untuk menasihati anak juga ada caranya. Ibu bapa diminta tidak terlalu mengkritik
  • Kanak-kanak tidak digalakkan tidur siang kerana akan membentuk sifat malas dalam diri, walau bagaimanapun jangan halang mereka untuk tidur pada waktu malam.
  • Kanak-kanak (lelaki) digalakkan untuk tidur di atas tilam/tempat yang keras agar tubuh menjadi kental dan kuat.
  • Kanak-kanak perlu dilatih mengenai tingkah laku alam majlis tertentu misalnya jangan meludah atau menghembus hingus dihadapan orang, menguap dihadapan orang, duduk membelakangi orang lain, duduk menyilangkan kaki dan memanggung dagu dengan tangan
Nasihat Imam Al-Ghazali kepada ibu bapa
  • Penuhkan masa lapang bersama anak-anak
  • Mendidik anak-anak dengan amalan agama yang bersesuaian seperti amalan khusus dan amalan umum seperti sembahyang. Kaedah pengajaran ialah berperingkat dari segi tingkah laku dan bacaan.
  • Jelaskan kepada mereka tentang agama, bukan sahaja secara teori malahan amalan.
  • Kanak-kanak perlu dijelaskan tentang keburukan mencuri dan larang mereka daripada memakan makanan haram.
  • Kanak-kanak perlu diajar merendah diri
  • Jangan ajar anak-anak menipu.
  • Kanak-kanak perlu diajar untuk sentiasa sederhana dalam perlakuan.
  • Kanak-kanak perlu dinasihati agar tidak bercampur dengan orang tidak baik.
  • Jangan biarkan anak-anak terlalu selesa.
  • Ajar anak-anak memberi bukan menerima
  • Mesti tegas dengan anak-anak.
  • Biarkan anak-anak bermain kerana bermain itu tabiat kanak-kanak, boleh membina tubuh yang kecil dan menguatkan otot, membuat kanak-kanak gembira & membolehkan kanak-kanak bersantai setelah penat belajar.
  • Menegah ibu bapa daripada mengenakan hukuman yang melampau terhadap kanak-kanak.
  • Beliau mencadangkan agar ibu bapa mengelak daripada terlalu merendahkan anak-anak mereka dan terlalu menumpukan pada kelemahan mereka sebaliknya ibu bapa perlu membentuk tabiat dan naluri kanak-kanak dengan sebaiknya.


Ok..sebenarnya ada banyak lagi..tapi aku stop dulu kat sini sebab nanti korang penat membaca. Ni aku share apa yang aku belajar kat UM dulu.. hehe..nanti kalau tetibe mood PAKK ni muncul aku share lg teori montessori, piaget & banyak lagi.

Anak akhir zaman

Pagi tadi rasa nak marah bila tengok video viral seorang budak lelaki pukul mak dia. Sungguh luluh rasa jantung. Tapi aku lagi nak marah bila ada pihak yang bela perbuatan budak tu..Allahuakbar..nak bela apa lagi kalau dah terang-terang dia pukul mak dia. Bela alasan kita tak tau hujung pangkal?? Haishh memang rasa nak terajang sape yang komen macam tu. Paham tak sekarang yang budak tu pukul MAK dia..M.A.K!!! bukan Makwe!! Paham Tak?? Tak tau hukum ke? Mak bapak tak ajar ke? Guru-guru agama ustaz ustazah tak ajar ke?? mesti diaorang ajar tapi sendiri tak nak dengar..huh!! Tau tak berdosa hukum derhaka dengan ibu bapa? Astagfirullah..hilang rasa sabar ni.

'Janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 'AH' dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah pada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)'



Aku dulu kalau melawan siap la kena dengan mak dan abah aku. Dari kecil memang mak dan abah ajar jangan derhaka..jangan melawan..kalau tak memang ayat kat atas tu la ayah aku dok ulang2 beserta rotan ditangan. Dalam soal ni ntah la..kekadang aku bingung nak salahkan siapa (walaupun aku lebih menyalahkan didikan awal ibu bapa). Aku bukan bijak pandai tapi aku ada lah sedikit ilmu pendidikan awal kanak-kanak yang aku ambil masa kat UM dulu. Secara fitrahnya memang didikan awal ibu bapa terhadap kanak-kanak itu sangat penting dan menjadi teras untuk pembangunan kanak-kanak. Contohnya macam video viral anak derhaka yang aku tengok pagi tadi..aku nampak kelibat lelaki dalam video tu tengah duduk membeku langsung tidak dihalang anak tersebut berkelakuan seperti itu (kalau arwah abah aku atau abang-abang aku..mesti teruk dah budak tu dikerjakan). Mak budak tu pulak aku tengok lebih bersifat takut sedangkan sepatutnya anak dialah yang kena takutkan dia. Ntah tu je rumusan yang aku dapat dari video viral tu.

Mungkin aku salah, tapi ini adalah pandangan peribadi aku. Jom lah kita kembali mendidik anak-anak kita sepertimana ibu bapa kita mendidik kita dahulu. Zaman sekarang orang terlalu open minded kononnya..anak dilayan seperti kawan hingga anak hilang rasa hormat pada ibu bapa sendiri. Guru di sekolah, bila cuba mendidik anak-anak kita dengan cubit dan rotan..kita pulak yang melatah. Padahal itu sesuatu yang bagus..anak perlu diajar tegas tentang baik buruk sesuatu kelakuan. Zaman dulu misalnya..kita dirotan di sekolah oleh guru..balik..mengadu dengan mak ayah..pasti mak ayah tambah lagi sedas sebab mak ayah akan kata "mesti kamu buat nakal sebab tu cikgu rotan". Tapi ibu bapa zaman sekarang? Anak kena rotan mula la bapak-bapak sado datang ke sekolah serang cikgu. Mana yang berada pulak mula lah nak saman cikgu. Sudahnya cikgu pun dah give up nak ajar. Sampai satu tahap cikgu pun akan pikir lantak la apa nak jadi dengan anak kau..

Didikan agama tu penting!! sangat penting!! Didik anak tentang agama sejak kecil. Percayalah, anak yang sejak dari perutnya ibu bapa dah didik secara islam (di beri dengar alunan bacaan Al-Quran, ibu sering membaca Al-Quran) lain perangainya dengan anak-anak yang ibu bapa langsung tak sujudkan kepala di sejadah. Ini fakta..tapi tu lah..zaman sekarang orang lebihkan pendidikan sekular. Anak umur 10 tahun tak pandai mengaji, tak pandai solat ibu bapa tak malu pun. Tapi kalau umur 4-5 tahun anak tak pandai cakap inggeris mula la ibu bapa segan. Ntah la..emosi aku bila bercakap soal ini. Percaya atau tidak..selidik la di sekolah-sekolah menengah..berapa orang murid tingkatan 4 & 5 masih tidak tau mendirikan solat..ini juga fakta. Ibu bapa diluar sana..tolonglah sedar..kita adalah acuan anak-anak. Jika kita sendiri tidak mendirikan solat macam mana anak-anak nak dirikan solat. Kang bila cakap..isu ni sensitif..tapi pengalaman aku bekerja, rakan sekerja cuma beberapa kerat je yang dirikan solat. Time rehat semuanya makan tapi beberapa orang je menjengahkan diri ke surau. Nak tengok orang dirikan solat, tengoklah masa bulan puasa..yang tak pernah pernah solat Zohor pun akan solat tapi selepas tamat bulan puasa semua kembali ke asal. Itu pengalaman aku sendiri..

Jadi isunya di sini..terapkan didikan agama di rumah. Jangan nak harapkan sekolah je..jangan nak harapkan pendidikan di luar rumah je. Perkara-perkara asas tu memang tanggungjawab ibu bapa. Ajar anak solat berjemaah, mengaji Al-Quran, makan bersama, riadah bersama..itu semua perkara asas. Kalau perkara asas pun tak boleh buat janganlah salahkan guru-guru. Pada aku kalau ibu bapa pun tak dapat nak disiplinkan anak..apatah lagi guru sebab guru cuma orang luar..ok..titik..aku dah penat.

Tuesday 26 September 2017

Breakfast & Lunch Box

Aku minggu ni nak start balik jaga makan. Dah sebulan aku kerap makan nasi..(seminggu 2-3 kali). Biasa aku akan ambil nasi sekali je seminggu tu pun dengan portion yang sikit. Tapi dalam sebulan ni aku hentam makan banyak hahaha..pulak-pulak time aku balik Raub jap aritu. Bukan main aku hentam sepinggan penuh nasi sebab dapat gulai asarong, sambal tempoyak & sambal hitam. Pastu cam biasa pas makan rasa nyesal hahaha..so minggu ni kena start balik la jaga makan. Kena start balik swimming & jogging.

Minggu ni memang kena start balik skip segala jenis makanan dan minuman manis. Breakfast & lunch pun memang aku sediakan sendiri..muahaha boleh berjimat jugak kan? Cuma untuk tak nak jemu kena kreatif la sikit dalam penyediaan menu. Cam aku buat 2-3 hari ni..


  • Isnin - Tortilla dada ayam, timun jepun & tomato ceri (lupa la nak amik gambar..haha)
  • Selasa - Sandwich ayam bakar, ayam bakar olive oil, tomato ceri & timun jepun

  • Rabu - Sandwich telur, kentang masak (sorte dengan minyak zaitun, lada hitam & sedikit garam bukit), tomato ceri & timun jepun



Hahah..menu wajib aku setiap hari ialah tomato ceri & timun jepun..sebab tu peberet aku. Sape yang nak jaga makan ni leh la amik sikit idea aku ni..


Monday 25 September 2017

Kacang Kuda With Curry Flavour

Muahaha..tajuk cam tak leh blah je kan? omputih gitewwwwww..hahaha..
Padahal nak cte kacang kuda masak kari je pun..muahaha..peberet encik suami. Sekarang tiap-tiap minggu pulak dia suruh buat. Sanggup malam-malam redah umah orang mintak daun kari sebab nak gak suruh masak kacang kuda ni. Senang sangat nak buatnye u all..ramai mintak resipi so aku update je entri blog and share ngan semua..senang..

Bahan-bahan :

  • Kacang kuda (rendam semalaman)
  • 2 sudu besar serbuk kari (guna je apa2 jenis tak kira yang ikan atau daging) bancuhkan dengan sedikit air
  • sedikit garam
  • daun kari (ni paling penting kena ada, guna pulak ikut citarasa korang. Cam aku suka letak banyak sikit)
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara masak :

  • Rebus kacang kuda sehingga betul-betul empuk 
  • Toskan dan asing kacang kuda yang direbus & ketepikan
  • Panaskan minyak dalam kuali
  • Tumiskan serbuk kari yang sudah dibancuh dengan air sehingga pecah minyak
  • Masukkan daun kari & garam
  • Masukkan kacang kuda
  • Masak sehingga betul2 kering
  • Sedia untuk dihidang








Typical Malaysian Menu

Kalau dah orang Malaysia tu kan..menu wajib mesti nasi lemak..nak bfast nasi lemak kekadang malam pun carik nasi lemak jugak. Aku tak la selalu sangat masak nasi lemak..kekadang sebulan sekali je masak. Pagi semalam tetibe rasa nak makan nasi lemak pandan sambal sotong kering. Sebenarnya Sabtu malam tu kuar jap ngan suami gi beli sikit barang dapur. Suami cadangkan sarapan nanti makan kat luar je. Tapi aku pulak fikir cam lebih seronok makan masak sendiri kat rumah. Ye la..hari kerja jarang-jarang dapat sediakan bfast dan makan sama jadi amik peluang cuti-cuti camni la nak tunjuk skill memasak..wakakaka..so alang-alang dah keluar beli barang dapur terus beli timun dan ikan bilis. Sampai je rumah terus ke dapur rendam sotong kering supaya esok nak masak tak la lama dan untuk pastikan sotong kering tu betul-betul lembut bila dimasak.

Oleh sebab semalamnya aku buat kuih kaswi pandan, maka dalam peti dah ada la air pandan yang aku dah siap-siap blend..cantikk..senang keje aku..muahaha..so bila semua dah ada esok pagi zassss..kejap je la kejadian nak membuat nasi lemak pandan ni kan..nah aku share dengan korang resipi nasi lemak pandan cara aku. Ni hidangan untuk 2 orang je. Kalau korang nak masak makan ramai pandai-pandailah korang adjust ye.

Bahan-bahan untuk Nasi Lemak Pandan :

1 pot beras
3 sudu besar santan kotak (guna kotak je senang)
1 pot air
5 sudu besar jus pandan (tak nak letak jus tak pe letak daun pandan 2 helai)
* sedikit pewarna hijau utk cantikkan nasi lemak (aku tak letak sebab aku dah guna jus pure pandan yang aku dah blend)
setengah biji bawang besar dihiris halus
sedikit garam

Cara-cara memasak Nasi Lemak Pandan :

  • Basuh beras, masukkan beras bersama air, santan, jus daun pandan/pandan, bawang & garam. Kacau sedikit dan masak (aku assume korang mesti guna periuk elektrikkan..so just masukkan semua bahan dan tekan. Cuma aku suka kalau nasi tu lembut sedikit dan kembang cantik jadi aku lebihkan sikitttt je air. Jangan lebih sangat nanti lembik pulak. Dah tekan suis & butang rice cooker..tunggu je masak sambil tu buat sambal tumis, rebus telur, goreng ikan bilis & hiris timun..ekeke..jimatkan masa anda di dapur.

Bahan-bahan Sambal Tumis Sotong Kering :-

Sotong kering yang sudah direndam semalaman (aku guna sotong kering dari Sabah yang kecil sekor-sekor tu - cam gambar bawah ni)


3 sudu besar cili giling
1 biji bawang besar di hiris
1 sudu gula pasir
sedikit garam
sedikit asam jawa/asam keping (tak nak letak pun tak apa)
Minyak untuk menumis

Cara-cara memasak Sambal Tumis Sotong Kering :-
  • Panaskan minyak dalam kuali
  • Masukkan bawang besar yang dihiris, goreng sebentar hingga layu
  • Masukkan cili giling & gula
  • Masak sehingga betul-betul masak dan pecah minyak
  • Masukkan sotong kering
  • masukkan sedikit air, garam & asam jawa/keping
  • Biarkan masak hingga air sudah kering (kalau suka berkuah sikit tutup la api cepat sikit)
  • Siap untuk dihidang.
Senang je kan..tu cara aku la. Simple je yang penting sedap. Kadang memasak ni ikut air tangan jugak. Kadang resipi sama je tapi rasa lain. Apa pun selamat mencuba. Jangan lipa hidang bersama telur rebus, Timun & ikan bilis goreng.









Sunday 24 September 2017

Jus Asam Kunyit Madu wajib ada di setiap rumah..

Jumaat lepas aku berpeluang untuk bertemu sendiri dengan pengusaha Jus Asam Kunyit Madu (JAKM) Puan Azrina dan suami di gelanggang futsal Pancarona, Putrajaya dengan KBBA9 team sebab malam tu team KBBA9 main futsal. Aku dan suami sekadar menyibuk..datang untuk bagi sokongan pada team. Dapat je JAKM yang dibawa Puan Azrina terus aku teguk dan pass pada suami untuk mencuba juga. Sedap..tak rasa jamu sangat pada aku. Suami aku yang jenis tak minum jamu pun boleh telan. Tak sampai 5 minit kemudian aku tengok suami asyik lari menjauhkan diri dari orang ramai..pelik..nape plak orang tua ni? Fikir aku dalam hati. Cam paham apa yang aku fikir, dia datang berbisik tak lama kemudian "Saya kena lari jauh la..lepas minum jamu tu asyik kentut-kentut pulak"..Oooo..patut la lari jauh, rupanya keluar angin pas minum JAKM. 





Aku dan Puan Azrina

Aku pun perasan, lepas minum JAKM aku mula sendawa kuar angin. Aku jenis yang tak pandai nak kuarkan angin ni sebenarnya. Cepat betul kesan dia JAKM ni rupanya. Apa sebenarnya Jus Asam Kunyit Madu (JAKM) ni? Ok..JAKM ni sebenarnya jamu yang diproses secara manual (homemade) dan tanpa bahan pengawet yang mengandungi ibu kunyit, halia, asam jawa, temu kunci, madu, saffron, habatussauda & gula melaka. Setiap ramuan ini mengandungi manfaat yang tersendiri.


  • Ibu Kunyit
Membantu pencernaan, melegakan masalah penghadaman seperti angin dan sembelit, membantu mengurangkan sakit sendi jika diambil sebagai supplement, merupakan anti oksida yang tinggi yang boleh melawan radikal bebas dalam badan, bersifat anti radang sesuai untuk wanita dalam pantang atau sakit-sakit badan, bersifat anti bakteria dan anti fungus, membantu metabolisma bagi mengawal berat badan, mengawal insulin dalam badan, membantu mengurangkan sakit senggugut dan membantu dalam detox hati.



  • Halia
Halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik. Dikatakan dapat merawat penyakit angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit, asma, sakit perut, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering dan kejang


  • Temukunci
Untuk kesegaran badan dan menambahkan tenaga, menghilangkan kelesuan dan letih-letih badan.


  • Safron
Bagus untuk penjagaan dan kecantikan kulit.

  • Habatussauda
Mampu menstabilkan gula dalam darah, meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

  • Madu
Untuk meningkatkan daya ingatan, anti kanser, tingkatkan kesuburan suami isteri dan manisan pengganti gula.

  • Gula melaka
Digunakan sebagai pemanis bersifat antioksidan juga mampu mencegah serangan asma.

Antara khasiat Jus Asam Kunyit Madu (JAKM)
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Bantu rawat masalah kulit
  • Bantu proses pencerahan kulit secara alami
  • Bantu naikkan aura seri wajah
  • Bantu rawat haid tidak teratur dan darah kotor
  • Bantu menstabilkan kolestrol dalam darah
  • Bantu buang angin dalam badan
  • Bantu rawat ibu-ibu dalam pantang/lepas bersalin
  • Bantu melambatkan proses penuaan 
  • Bantu rawat luka jahitan selepas bersalin
  • Bantu rawat masalah-masalah rahim/peranakan
  • Bantu rawat masalah bau badan
  • Bantu atasi masalah keletihan
  • Bantu kurangkan masalah gastrik
  • Bantu atasi migrain/kerap sakit kepala
  • Menstabilkan gula dalam darah
  • Meningkatkan kesuburan suami isteri
  • Mencegah batuk/selsema/asma
  • Melancarkan sistem pencernaan
  • Menurunkan paras kolestrol.
JAKM ini sesuai untuk wanita, lelaki dan anak dara. Jus ini boleh membuang angin dalam badan, mencantikkan kulit, awet muda, mengurangi lemak dalam badan, memperlambatkan proses penuaan, menyegarkan badan dan melancarkan peredaran darah. Rasa masam-masam manis, segar semestinya sedap. Boleh diminum sejuk atau suam. Minum setengah gelas (-/+60ml) pagi sebelum sarapan atau malam sebelum tidur. JAKM ini cuma berharga RM12 sahaja sebotol (360ml).

Untuk keterangan lanjut dan juga tempahan sila hubungi Puan Azrina di talian 019-3828369 atau di FB : Jus Asam Kunyit Madu














Featured Post

Aktivi Ringkas Untuk Perkembangan Kanak-Kanak di Rumah

Tadi aku dah cerita tentang Pendidikan Awal Kanak-Kanak mengikut Pendekatan Imam Al-Ghazali. Kali ni aku nak share aktiviti kehidupan sehari...